Wednesday, December 16, 2009

Alasan adalah satu pembohongan?

Minggu lepas, atas dasar SYMP, saya ke Balik Pulau, Pulau Pinang menghadiri Kursus BTN di saat BTN mendapat kecaman hebat dan mungkin ditutup. Kursus BTN kali ini, saya kira cukup berbeza dengan 2 kursus BTN yang pernah saya hadiri sebelum ini. Kali pertama, kira2 10 tahun lalu, juga di KBN Balik Pulau ketika saya menuntut di UPM. Kali kedua, ketika DPA tahun 2004.. Kali ini saya hadir di atas tiket Pegawai Kerajaan yang bakal terbang ke luar Negara untuk melanjutkan pengajian.

Hari pertama, saya tiba - ramai wajah2 yang begitu asing. Ramai juga adik-adik yang masih muda dan saya di sana antara golongan warga emas. Apa tidaknya, adik-adik yang merupakan tutor di Universiti relatifnya berusia dalam 23-25 tahun akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD.. dan saya pada usia 32 baru sahaja merangkak mahu ke peringkat Sarjana. Apa pun keadaannya, pada saya semua itu adalah rezeki dari Allah SWT.

Hari pertama juga, kami berkenalan dengan Ustaz Izam Padil - orang kuat JAKIM yang jika anda bangun awal di pagi hari menonton televisyen, anda pasti dapat mendengar motivasi pagi bersamanya. Kesian Izam, kerana baik.. kami sebulat suara melantik beliau menjadi Penghulu, dan Timbalan Penghulu, Siva - SB di Bukit Aman yang bila sesi berkawad akan sentiasa saya ingat kerana lariannya sangat melucukan.

BTN kali ini saya kira sungguh luar biasa. Dan saya sangat terkesan dengan pengisiannya. Usia 32 tahun, saya terus terang katanya, saya tidak pernah kisah untuk membaca Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi mengambil kisah untuk memahami apa sebenarnya Federal Consti itu. 5 hari yang ada, banyak perkara yang saya pelajari walau ada sesetengah isunya telah saya ketahui ketika BTN DPA dahulu. Apa yang penting, saya kini tahu apa 'rahsia' di sebalik kad pengenalan yang saya miliki dan paling penting.. apa pentingnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan!!

p/s: Saya kini telah miliki Buku Perlembagaan Persekutuan sendiri dan kini terkial-kial untuk mengkhatamnya!!