Sudah lebih 3 bulan tiada entry saya. Alasan - dihambat waktu yang kian suntuk buat saya. Alhamdulillah. Saya terima berita gembira. Bulan September, seminggu sebelum Eid Mubarak, saya akan berangkat ke Wales untuk melanjutkan pengajian yang telah sekian lama tertangguh. Alhamdulillah, penjajah sudi untuk menaja pengajian saya selama setahun di Cardiff nanti. Ammar dan ayah akan menyusul kemudian. Dan tahun ini, saya akan buat pertama kalinya berhari raya di perantauan keseorangan. Banyak lagi urusan saya yang belum selesai. Barang-barang di rumah 3 tingkat yang kini saya diami belum habis dibungkus. Mainan Ammar sahaja saya kira hampir suku muatan lori. Lagi 11 hari, Ammar bakal genap setahun empat bulan. Masa berlalu begitu pantas. Yang pasti, Ammar bukan seperti anak-anak saudara saya yang lain. Ammar tidak suka kartun. Ammar tidak suka robot.
No comments:
Post a Comment