Percaya atau tidak, ini kali pertama saya ke Labuan. Saya terbang ke Labuan di atas urusan rasmi - menghadiri Majlis Penutup Hari Wilayah Persekutuan 2009. Labuan mengingatkan saya pada Mauritius. Dan sejujurnya, saya harus mengatakan, Labuan jauh lebih ketinggalan daripada Mauritius yang pada saya jauh lebih 'miskin' rakyatnya. Sepanjang perjalanan saya ke sana, 2 1/2 jam, saya tidak tidur walau sedetikpun. Bukan kerana tidak mengantuk, tapi kerana berbual 'isu Negara' dengan En. Yaman, jurulatih sukan kami ketika kursus DPA 5 tahun yang lalu. Labuan, katanya boleh dikenali ramai jika kita benar-benar berusaha untuk memajukannya. Dan benar, saya sangat kecewa kerana pantainya terbiar, tidak dibersihkan. Dan mungkin kerana itu, tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk mandi manda. Siapa yang tahu, di Labuan ada 5 shipwreck? Siapa tahu di Labuan ada tempat di mana Jepun mula mendarat? Siapa tahu, di lapangan terbang Labuan, ada dijual sotong bersalut tepung, frozen? Siapa tahu di Labuan ada Anjung Ketam? Mungkin ramai yang tahu, tapi pada saya, ramai yang lebih tidak tahu..
No comments:
Post a Comment