Tuesday, February 24, 2009

YB Ammarhaq


YB? Yang Berhormat? Yang Berjalan sebenarnya. Umur Ammar 11 bulan, Ammar sudah mula kenal kaki dan mulakan Explorace. Cukup umur 12 bulan, Ammar jadi YB. Jenuh mak kepung seluruh rumah. Paling kelakar, walaupun belum stabil, Ammar sibuk nak tendang bola. Ayah sengih lagi. Hmm.. another footballer?

Rindu Yang Kupegang...

I don't remember where this article was published - was it in In Trend or was it in Eh! But I think it was published in June 2006. It was written as tribute to my late Auntie - Jamilah Abdul Khalid who passed away 4 years ago.

“DIK LU!” Saya buat-buat tak dengar. “Dik Lu!” Saya buat-buat sibuk di dapur. “Dik Lu!” Kali ketiga, darah saya menyirap. Saya sudah tidak tahan. “Nak apa Chu? Tak nampak ke orang tengah sibuk ni? Masa orang tengah sibuk ni lah dia nak panggil. Tunggu lah!” Saya membentak.

Jam di tangan tepat pukul 6.30 petang waktu London. Tiba-tiba telefon saya bergegar. Hampir terlupa, suami tercinta aktfikan ‘roaming’. Kalau tidak mana mungkin telefon saya berbunyi. SMS rupanya. “Welcome to London from Maxis International Roaming”. Saya kembali menatap ke luar teksi. Suami saya masih berbual-bual dengan Encik Ismail, rakyat Malaysia yang sudah 30 tahun menetap di kota London, yang kini sibuk membaca peta mencari di mana Gloucester Road. Berpuluh tahun di negara orang, katanya jalan di negara sendiri yang masih kekal terpahat di benak. Sudah hampir 45 minit kami berpusing-pusing tapi belum ketemu Aston Apartment yang dicari.

“Chu nak air. Dik Lu pandai buat air oren kan? Chu buat selalu tak jadi. Chu nampak Dik Lu simpan dalam peti ais tadi.” “Chu tak nampak ke orang tengah buat apa ni? Nak minum ambil lah sendiri. Dah la nak bancuh sendiri pun malas, ni nak suruh orang tuang pulak!” Saya tiba-tiba jadi panas hati. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Umur dah setengah abad pun tak pandai-pandai nak buat air sendiri. “Kalau Dik Lu tak bagi tak apalah. “ Chu tiba-tiba diam. Saya perhati dari dapur, Chu duduk diam-diam sambil matanya merenung jauh ke luar jendela. “Eii! Orang tua ni, nak merajuk pulak!”

Telefon bimbit saya berbunyi lagi. Hati saya tiba-tiba berdebar. Siapa yang menghantar SMS? Tak mungkin dari Malaysia. Mak dan abah pasti lena dibuai mimpi sekarang. Saya semakin berdebar. Nombor telefon Kak Gie terpapar di skrin telefon. “Dik, Chu dah tak ada. Tepat jam 2.30 pagi 4 Disember 2005, 100 hari selepas Tok pergi” Saya seakan-akan tak percaya. Saya ulang baca SMS Kak Gie. Jantung saya seakan berhenti. “Sayang! Dah sampai!” Aston Apartment tersergam mewah di hadapan saya. Saya pandang buah hati saya dalam-dalam. Tanpa sebarang kata, saya melangkah turun. Sejuk mencengkam hingga ke tulang. Pedih juga mencengkam ulu hati saya.

Mak anak ke lima dalam keluarga. Chu anak bongsu dalam keluarga. Sejak saya di tingkatan 3 lagi, seingat saya, Tok dan Chu sudah tinggal bersama-sama kami sekeluarga. Seingat saya juga, Chu semasa kecilnya terkena sawan. Dan kesannya, hingga besar panjang dia hanya pandai mengurus diri sendiri, dan tidak pandai untuk perkara-perkara lain, kecuali menjaga Tok.

“Sayang! Kenapa diam?” Saya hanya senyum tawar. “Letihlah abang.” Penerbangan 14 jam yang ditempuh cukup meletihkan saya. Saya sudah sampai di bumi London yang saya impi-impikan namun hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Langkah saya atur lambat-lambat.

“Chu! Ya Allah!” Mata saya terbeliak melihat isi kandung bungkusan yang saya jumpa di kepala katil tempat tidur Chu. “Chu! Apa ni?” “Dik Lu buat apa dengan barang Chu?” Chu merayu-rayu saya agar memulangkan botol-botol syampu dan segala botol yang berkerak dengan saya sendiri tidak tahu apa isinya. Patutlah lama sangat bila pergi buang sampah di lorong hujung rumah saya. Rupa-rupanya Chu membongkar tong sampah! Aduh! Agaknya kepalanya yang gatal-gatal tu sebab Chu guna syampu yang dikutip dari tong sampah besar! Petang itu, seluruh almari pakaian Chu saya bongkar. Khazanah berharga dan harta karun yang bertahun-tahun Chu kumpul dengan bangganya saya bakar. “Pengotor!” Chu hanya mampu memandang dari jauh.

Sejuk yang mencengkam cukup menyiksakan. Walau baru jam 7 malam, keadaan sekeliling sudah gelap pekat. “Dik, Chu dah tak ada.” SMS Kak Gie masih terbayang-bayang di mata saya. Baru minggu lepas saya ketemu Chu. Walau pun tidak berapa sihat dan hanya terbaring di katil, Chu masih kenal saya. Mana mungkin!

“Bismillahirrohmanirahim! Mak! Mak buka mulut. Makan mak!” Saya tergelak kecil. Ini kali kelima Chu membaca Bismillah tatkala menyuap Nestum ke mulut Tok. Setiap suapan dibacanya Bismillah. Abang Zack di dapur juga tergelak. Merepek-repeklah Chu ni. Saya geleng kepala namun terhibur dengan kelakuannya. Kalau tak ada dia, sunyi sepi rumah saya di kampung. Ingat juga saya pagi-pagi lagi Chu akan berperang mulut dengan abah kerana katanya abah selalu tak mahu mandi pagi!

Saya telah cuba menulis artikel ini hampir 3 bulan yang lalu. Tatkala saya cuba untuk menyambungnya saya tak mampu untuk menahan air mata yang mencurah-curah. Benar, kini saya tahu apa ertinya rindu. Khairiah, teman sepejabat pernah berkata, perit rasanya bila merindu seseorang yang tak kunjung tiba. Rindu itu bagai boleh dipegang! Rasanya menusuk jiwa, namun tak nampak di mata. Pedihnya mencengkam sanubari, terpahat di hati! Hari ini, saya bertekad. Walau pedih, sayakan kongsi bersama dengan anda semua. Kita kadang-kadang terlupa kita punyai insan yang bermakna dalam hidup kita. Kita selalunya take for granted apa yang kita ada. Dulu, semasa Chu masih ada, saya tidak pernah kisahkan dia. Cuma sekali-sekala pulang, saya akan belikan dia getah dan cekak rambut yang digilainya, sekali-sekala balik, lima-enam ringgit saya hulurkan, cukup untuk Chu beli aiskrim bila Maniam datang mengayuh basikal dengan lagu Paddle Popnya.

“Dik Lu! Dik Lu nanti balik belikan baju warna oren untuk Chu tau. Chu teringin nak pakai baju warna oren. Chu tak ada duit, Dik Lu beli guna duit Dik Lulah. Dik Lu banyak duit. Dik Lu kaya.” Masih terngiang-ngiang lagi permintaan Chu. Tiap kali saya mahu pulang kembali ke KL, pasti ada saja permintaan Chu. Dan pasti, pipi saya basah dengan air liurnya kerana Chu mesti cium saya kuat-kuat bagaikan saya takkan kembali lagi ke rumah bertemunya.

Hari ini, genap 100 hari Chu pergi menemui Ilahi. Saya pasti, dia kini bahagia di dunia yang satu itu. Pemergian Chu buatkan saya terjaga dari tidur yang asyik. Kadang-kadang kita tak sedar, kadang-kadang kita hanyut dan mudah lupa apa yang kita punyai. Kita sering sangkakan, apa yang kita miliki, kan kekal selamanya, takkan hilang, takkan pudar dan takkan pergi. Namun, hari ini saya sedar, segala yang kita miliki, hanyalah bersifat sementara. Dan dalam waktu yang singkat itu, kita seharusnya menggunakannya sebaik mungkin, supaya satu hari nanti, bila kita tiba-tiba terjaga dari lena yang panjang, kita tak akan menyesal kita terlambat dan tak ada lagi peluang kedua untuk menyatakan apa yang kita rasakan. Kepada anda yang punyai Chu seperti saya dan masih ada di samping anda, hargailah dia, walaupun ada kalanya cukup menyakitkan hati dan cukup membingungkan anda. Saya tidak mahu anda jadi seperti saya yang hingga ke saat ini dihantui kekesalan yang tidak berkesudahan, kerana tidak pernah menyatakan kepada Chu yang saya sayangkan dia!

Ketika jasad Chu disemadikan, saya berada di bumi London. Benar, kata orang, kita takkan dapat semua yang kita impikan. Saya akhirnya dapat melihat sendiri patung-patung lilin di Madam Taussaud yang saya impikan sekian lama. Namun, saya tidak dapat melihat saat Chu dikapan, saat Chu diusung ke tanah perkuburan, dan saat Chu disemadikan, saat yang tak mampu yang ulang walau kering air mata yang saya tangisi. Semoga Chu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Hanya doa yang mampu saya titipkan, dan rindu itukan tetap saya pegang.

Monday, February 23, 2009

Sexist?


Have u seen this?

The Empty Cup, The Empty Brain!!

I only have one thing to say - "This cup is empty. So is her brain!"
Should I say more?

Expert? What expert?


Someone said, "I am the EXPERT!"

What expert? That sounds alien to me!

So I told Halida and Kak Ida,

"Err.. Expert in procrastinating, perhaps?"

I rest my case. Lips zipped!

Saturday, February 21, 2009

Ammarhaq's 1st Birthday!!


Happy Birthday Ammarhaq!!

Hari ini, 365 hari yang lalu, Ammarhaq lahir.. Hari itu, hari Jumaat. Pukul 8.30 pagi, kami satu Kementerian mengadakan solat sunat hajat untuk CC Onni yang terlantar koma. Semasa berdoa, kawan-kawan juga khabarkan pada KSU yang memimpin bacaan untuk sama doakan keselamatan ibu-ibu yang mengandung.. Tengahari, selepas lunch, selepas bersembang panjang saya ke surau untuk solat Zuhur.. Saya teringat ketika ke kelas antenatal hari tu, tanda-tanda mahu melahirkan ada 'show'. Saya tengok ada tanda-tanda.. saya khabarkan pada kakak-kakak di pejabat.. "Tapi kak, saya tak rasa sakit apa pun!".. Hampir pukul 4.30 petang baru saya ke Hospital Putrajaya. Itu pun selepas Kak Rozi, Puan Faridah dan kakak-kakak lain yang sudah berpengalaman melahirkan mendesak saya. Paling kelakar, Kak Rozi siap bekalkan suratkhabar untuk lapik di dalam kereta Fidah. Takut pecah air ketuban.. Hahaha.. Fidah hantar saya ke dewan bersalin. Rupa-rupanya sudah 4cm terbuka. Dan saya, masih ke hulu ke hilir sebab saya tidak ada rasa sakit langsung. Dan seperti tidak percaya 'orang baru' sudah mahu melihat dunia. Tarikh jangkaan bersalin 3 Mac 2008 - hampir 2 minggu awal. Fidah juga yang susah payah tunggu abang datang. Saya telah asingkan bag baju tetapi kerana terlalu nervous, abang bawak satu beg besar IKEA - sampai semua misi gelakkan dia. Jam 8.41 malam - abang azankan Muhammad Ammarhaq!! Selamat Ulang Tahun Pertama sayang Ibu!!

Friday, February 20, 2009

Confusion?


London bridge is falling down,
Falling down..

Ramai yang tersalah. Ini bukan London bridge.


Tower Bridge is a combined bascule and suspension bridge in London, England, over the River Thames. It is close to the Tower of London, which gives it its nameName[›]. It has become an iconic symbol of London. Tower Bridge is one of several London bridges owned and maintained by the City Bridge Trust, a charitable trust overseen by the City of London Corporation.
The bridge consists of two towers which are tied together at the upper level by means of two horizontal walkways which are designed to withstand the horizontal forces exerted by the suspended sections of the bridge to the left and the right. The vertical component of the forces in the suspended sections and the vertical reactions of the two walkways are carried by the two robust towers. The bascule pivots and operating machinery are housed in the base of each tower. Its present colour dates from 1977 when it was painted red, white and blue for the
Queen's Silver Jubilee. Before this, it was painted a chocolate brown colour.[1]
Tower Bridge is sometimes mistakenly referred to as London Bridge, which is actually the next bridge upstream.[2] A popular urban legend is that in 1968, Robert McCulloch, the purchaser of the old London Bridge that was later shipped to Lake Havasu City, Arizona, believed mistakenly that he was buying Tower Bridge. This was denied by McCulloch himself and has been debunked by Ivan Luckin, the seller of the bridge.[3]


* London Bridge is a bridge between the City of London and Southwark in London, England, over the River Thames. Situated between Cannon Street Railway Bridge and Tower Bridge, it forms the western end of the Pool of London. On the south side of the bridge are Southwark Cathedral and London Bridge station; on the north side are the Monument to the Great Fire of London and Monument tube station.
It was the only bridge over the Thames downstream from
Kingston until Westminster Bridge opened in 1750. The current bridge opened on 17 March 1973.
The bridge carries part of the
A3 road, which is maintained by the Greater London Authority;[1] the bridge itself is owned and maintained by the Bridge House Estates (see City Bridge Trust), an independent charity overseen by the City of London Corporation.
Tower Bridge is often mistakenly referred to as London Bridge.[2] The area between London Bridge and Tower Bridge on the south side of the Thames is a Business Improvement District (BID) and is managed by Team London Bridge.[3]

Kisah Ubi Keledek Bakar

Kalau anda suka ke Jaya Jusco, di Food Court JJ ada satu kiosk kecil jual ubi keledek bakar. Pertama kali saya makan, 3 tahun lalu ketika saya ke Beijing. Musim sejuk, salji turun mencurah-curah, di kaki Great Wall, ada nenek tua menjual keledek bakar. Mungkin sebab sejuk, dan saya lapar, saya rasa makan keledek bakar ketika itu lebih sedap daripada saya makan ayam goreng. Tak percaya?

Wednesday, February 18, 2009

Buku dan kedai kopi..


Dua hari lalu, setelah lelah mencari Tunas Cipta di Putrajaya, saya ke Menara DBP. Saya tiba tepat jam 4.56 petang. Di aras G, warga DBP berpusu-pusu turun dari lif mahu pulang ke rumah. Jam 5.00 petang, saya masuk ke Kedai Buku DBP. Tup!! Gelap di sekeliling saya. Saya tidak pasti, saya tidak tahu sama ada lampunya automatik akan dimatikan jam 5.00 petang, atau ritualnya, tepat jam 5.00 petang, seperti yang tertera di pintu masuk adalah waktu tamat operasi perniagaan. Saya bergegas ke kaunter pembayaran dengan Tunas Cipta di tangan. "Dik, boleh bayar lagi kan?" "Boleh, kak. Kejap ya, tak nampak ni." Sedetik kemudian, sekeliling saya terang benderang semula. Tidak sampai dua minit, Tunas Cipta dalam genggaman saya. Dalam perjalanan pulang, kami berdua bersembang. Mungkin sudah tiba masanya Kedai Buku DBp jadi seperti Borders, MpH, Times dan Kinokuniya. Dibuka hingga malam, pekerja Kerajaan seperti saya, tidak perlu ambil cuti untuk ke sana. Dan yang penting, boleh santai-santai menyelak majalah dan menyapa teman-teman penulis yang mungkin datang, sambil mencicip kopi panas. Anda setuju?

Cerita Roti Pong


Saya tak pasti ada yang pernah makan roti pong atau tidak. Namanya Roti Pong. Roti paling sedap di dunia kalau dimakan waktu petang ketika hujan turun mencurah-curah, dicicah pula dalam air kopi panas. Saya ingat ketika itu, saya sedang mengandungkan Ammar 6-7 bulan. Ayah Ammar cemas mencari. (Bukan apa - terima kasih kerana orang tua-tua kata, kalau ibu mengandung tak dapat makan apa yang dia mengidam, alamatnya anak nanti meleleh air liur!!). Satu Kuala Lumpur dijengah. Seluruh USJ kami cari. Akhirnya, abang saya - pulang ke Sungai Petani dan bawa pulang 3 peket Roti Pong!! Sampai sekarang, kalau lihat Roti Pong, mesti saya ketawa. Dan mata Ammar pun bulat betul, macam Roti Pong!!!

Dari Dr. Cinta ke Dr. Ikan!!!


KENKO chain of Foot Reflexology Centres and Wellness Spas is founded by our Principal, Dr Jimi Tan. Dr Tan has more than 15 years of experience in the Foot Reflexology and Wellness Spa industry, and is skillfully trained in Chinese and American techniques of reflexology. He has also developed his very own style of therapeutic massages and treatments for a quick and effective relief from migraine, back and neck problems.
Mr Tan's services are highly sought after by both local and international celebrities and the well-heeled in Singapore. He has been invited by the Royal Families of Saudi Arabia and Kuwait, as well as the former Prime Minister of Japan, Mr. Ryutaro Hashimoto, to provide massage treatments.
KENKO is well-known for its unique style of reflexology techniques. With the launch of Kenko Wellness Spa, we are able to complement our current services and pamper our clients with a new range of massages and spa treatments.


Maka Kami.. Rakyat Malaysia..


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Tuesday, February 17, 2009

Promo.. Jual buku ke?



Salam Bahasa. Sebuah projek buku logkembara (travelogue) sedang diusahakan oleh sekumpulan alumni UIAM, yang turut mendapat sentuhan mantan MPR dan ingin menjemput tuan puan ahli MPR sekalian sebagai penulis tamu – selain menghimpun penulis dari negara ASEAN lain.Catatan pengalaman luar negara ini mestilah melepasi konsep listing atau ruangan melancong biasa - ”Pagi ke A, petang ke B, dan kota C sungguh cantik,’ tetapi jujur melihat benua lain dalam pengalaman luarbiasa atau tabu, persepsi istimewa, berilmu baru atau bantu, bual spontan, fakta lokal yang jarang diketahui, atau sisi apa-apa sistem negara berkenaan yang dilihat dari mata generasi muda. 1 muka hingga infiniti.Dipersilakan!


Hafezin Khadiri
0166310106

Ayah, Ammar dan Bola..

Mak baru sahaja menelefon saya tadi. Sambil tergelak besar, "Ammar dapat bola lagi sebiji!"
Ahad ini, 22 Februari 2009, tarikh keramat Ammar genap umur satu tahun. Terasa masabegitu pantas berlalu. Terasa seperti semalam saya masih terboyot-boyot membawa Ammar di dalam perut. Ammar, Insya-Allah, akan jadi anak yang soleh. Yang pasti, Ammar macam ayah juga. Suka bola. Umur Ammar 1 tahun, Ammar sudah miliki hampir 20 biji bola.. Beli lah apa jenis mainan pun, beli lah mahal manapun, Ammar tak kan peduli. Yang Ammar suka, BOLA... dan Ayah, akan terus tersengih. Ini cerita Ayah, Ammar dan Bola..

Orang kata..


Orang kata, Main golf ni boleh jadi ketagih. Betul ker bang?

Alahai Tunas Cipta..


Saya masih ingat. Tunas Cipta pada awalnya dinamakan Majalah Gen. Atas sebab-sebab tertentu, ditukar menjadi Tunas Cipta. Pernah dihentikan seketika penerbitannya namun, berkat namanya Tunas Cipta, ia bertunas semula. Petang semalam, usai sesi temuduga saya di British High Commission, Jalan Ampang, saya dan Hafezin ke Menara DBP. Semalam 17 Februari 2009, hari ke 17 dalam bulan Februari 2009, majalah Tunas Cipta sukar sekali 'ditemui'. Tambah pula, saya yang menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan nun di Putrajaya (ya, aneh tapi benar - sepatutnya Putrajayalah sampai dulu majalah DBP!!) - jenuh saya jenguk saban hari. Berjumpa Bonda Ani jam 5.00 petang semalam, saya khabarkan. Mungkin jika sampai awal setiap bulan - mungkin cetakan Tunas Cipta dari angka 10,000 naskah sebulan mampu dianjak ke angka 15,000 sebulan?
* Belang Yang Tertewas - Ammarhaq Hafezin? Budak umur 11 bulan dah pandai tulis cerpen? Hahahaha..

Bayang-bayang Semalam..


Jangan takut
Dikejar bayang-bayang semalam
Jangan takut
Dihambat bayang-bayang
kelmarin
Kerana
Yang pasti
Semalam
dan Kelmarin
telah kau tinggalkan
Dan yang pasti
dan hari ini dan esok
Bayang-bayang itu
hanya tinggal bayang-bayang..

Antara rasa.. perasaan dan perasan..

Kadang-kadang kita boleh rasa
perasaan yang kita rasakan
kadang-kadang kita juga perasan
perasaan yang tidak kita rasakan
Antara rasa, perasaan dan perasan,
hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Pesan mak..



Pesan mak..

Mak kata, kita kalau kerja,

Kena selalu ingat,

Kena betulkan niat,

Kita kerja kerana Allah,

Dan kerana Allah,

Kita punyai segalanya..

Mulut Orang Perempuan..


Orang kata mulut orang perempuan ni kadang kadang macam Broadcaster - tak henti-henti bercakap.. Betul ke?

Pedusi Safi...


Semalam,
Aku ketemu dia
Wajahnya penuh duka-dura
Lantas,
bertanya aku padanya
Mengapa jenuh membasmi lara?
Aku,
Pedusi sepi
Resahku tidak bertepi
Namun,
azamku berapi,
Ingin jadi pedusi safi,
pada siapakahharusku menyerah hati?
Wahai pedusi,
Dia yang satu setia menanti
Dia yang wahid tidak membenci
Dia yang itulah harus dihampiri
Kukatakan padanya lagi,
Janji-Nya pada umat ciptaan tidak pernah dimungkiri
Janji-Nya pada umat ciptaan tidak pernah dilupai
Dia kulihat tersenyum
Mungkin mengerti
Moga engkaukan jadi,
Sama sepertiHajar Al-Misriyah
Sama seperti Khadijah Khawailid
Pedusi safi!



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang
dan Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepadaTuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat
ke laut biru Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Monday, February 16, 2009

Hendak tidur...


Hendak gugur, gugurlah nangka,

Jangan ditimpa si batang pauh,

Hendak tidur, tidurlah mata,

Jangan dikenang, orang yang jauh...

Intergriti - Satu Persoalan


Dunia amnya telah akur dengan kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun yang amat disegani. Berupaya mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang gigih berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020, Malaysia seharusnya bersedia dalam segala bidang dan perlu menangani masalah dengan memperkukuh dan pempertingkatkan potensi sedia ada.
Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi, ia juga bersandarkan kepada kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani masyarakat setempat. Antara fokus terpenting untuk mencapai hasrat ini ialah dengan peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan inilah barulah kejayaan yang disasarkan dapat dicapai dan dilestarikan.
Justeru itu, apa sebenarnya integriti? Mengapa ia sangat penting dan menjadi tonggak utama dalam membina sebuah Negara berbudaya positif? Integriti, menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (PIN, 2004).
Integriti individu pula adalah keselarasan di antara apa yang dikatakan olehnya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri sendiri dengan umum. Selain itu, apa yang dilakukan oleh individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkahlaku demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti (PIN, 2004).
Menyedari betapa pentingnya pemantapan integriti dalam pembangunan Malaysia, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menggubal dasar negara berhubung perkara ini. Tahun 2004 telah mencatat sejarah penting dengan tertubuhnya Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional yang lebih dikenali sebagai PIN. PIN merupakan satu pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama dan mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti.
Oleh kerana PIN mempunyai agenda yang luas, PIN menetapkan lima sasaran utama yang perlu dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai Tekad 2008 ini adalah seperti berikut:
pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;
kedua, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, dan mengatasi karenah birokrasi;
ketiga, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
keempat, memantapkan institusi keluarga; dan
kelima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Penekanan kepada elemen integriti dan pembudayaan secara menyeluruh dan berterusan di kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia diyakini menjadi penjana utama pencapaian misi nasional. Mengambil integriti sebagai tonggak utama lalu menjadi faktor penentu utama kejayaan pembangunan adalah jelas. Ini adalah kerana, melaksanakan apa juga usaha dan tindakan dengan amanah, jujur, benar, bijaksana, ikhlas, cekap dan berkesan, merupakan pemangkin ke arah daya saing negara yang lestari dan mapan. Pembangunan infrastruktur negara bertaraf dunia, amat jelas perlu disepadukan dengan pembangunan modal insan berintegriti, menjadi agenda keutamaan negara.

CABARAN MELAHIRKAN PEGAWAI BERINTEGRITI TINGGI


Gagasan yang digarap melalui PIN merupakan satu wadah bangsa untuk membaiki sistem dasar dan pelaksanaan, serta memantapkan sikap dan perwatakan peribadi. Justeru itu, ianya perlu dipikul bersama memandangkan ia merupakan suatu wadah membimbing budaya kerja cemerlang dan berintegriti pada terutamanya diri setiap anggota sektor awam, dan swasta di samping menjadi penggerak dan pencetus kecemerlangan diri setiap anggota masyarakat, pelajar, belia, institusi keluarga dan komuniti.
Menurut Mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji (2005:111):

“Tanggungjawab membentuk sikap dan nilai yang sesuai bagi kelakuan yang beretika bergantung terutamanya pada diri seseorang pegawai. Terdapat tiga sifat moral yang boleh ditakrifkan sebagai ‘operations virtues’ yang menyokong sikap beretika, iaitu: (i) mutu optimisme seorang pegawai awam itu bagi menghadapi begitu banyak pilihan tanpa menjadi kaku untuk bertindak, (ii) keberaniannya yang membolehkannya berpegang kepada prinsip bagi mengatasi tekanan daripada kawan, saudara mara dan lain-lain untuk mendapatkan layanan istimewa, dan (iii) sifat keadilan yang membolehkannya bersikap saksama dan meletakkan prinsip di atas keperluan peribadi.”

Dalam melaksanakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi, pihak kerajaan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran di mana ia berkaitan dengan perbuatan tidak beretika pegawai awam. Di antara contoh perbuatan yang dianggap tidak beretika, yang dikemukakan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara itu adalah (Ahmad Sarji, 2005:111):

“(a) rasuah, sogokan, pilih kasih dan menyalahgunakan pengaruh; (b) bertindak secara yang bercanggah dengan kepentingan awam seperti membuat urusniaga atas tujuan kepentingan diri atau melakukan kerja luar semasa memegang jawatan, (c) menyalahgunakan maklumat kerajaan; (d) menyalahgunakan harta kerajaaan; (e) menggunakan tekanan dengan menggunakan kedudukan rasmi atau menjual pengaruh; dan (f) memberi pengecualian dalam menguatkuasakan undang-undang”
Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melahirkan pegawai awam yang berintegriti tinggi telah dikenalpasti dalam empat subtopik utama iaitu dari segi ekonomi, politik, agama, dan sosial/budaya.

i) Ekonomi
Majoriti kakitangan awam berpendapatan rendah jika dibandingkan dengan kakitangan swasta. Biarpun kerajaan telah melaksanakan penyelarasan jadual gaji yang baru pada September 2007, ketidaksamarataan antara pendapatan dua sektor tersebut masih ketara, dan hakikatnya masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang berdaya saing seperti Malaysia. Berdasarkan keperluan ekonomi yang mendesak terutamanya bagi kakitangan awam yang berkerja di kota-kota besar, keperluan sara diri dan keluarga serta kos pengangkutan kadangkala amat membebankan.

Krisis makanan dan harga barangan keperluan yang terus meningkat telah menyebabkan sebilangan kakitangan awam terdesak untuk mencari mata pencarian kedua, dan ada juga yang mengambil jalan ’mudah dan salah’ iaitu dengan mengunakan kuasa dan kedudukan sebagai kakitangan awam untuk melakukan rasuah atau salahlaku yang lain. Ini terbukti dengan Indeks Persepsi Rasuah di mana Malaysia berada di tempat 44 daripada 180 negara pada tahun 2007 (Rujuk Jadual 1, Lampiran A).

ii) Politik
Semua kakitangan awam, dengan sifat berkecuali, adalah tertakluk kepada Kerajaan semasa yang memerintah. Untuk itu, cabaran kepada pengaruh politik sangat kuat dalam polisi dan dasar, juga dalam pelaksanaan yang dilakukan oleh semua kakitangan awam. Seringkali dilihat laporan-laporan akhbar akan campurtangan dalam pelaksanaan jentera Kerajaan oleh ahli politik telah berlaku. Salahguna kuasa oleh mana-mana individu berkepentingan adalah tidak wajar, sekalipun seseorang mempunyai kedudukan tertentu atau mewakili mana-mana kementerian atau jabatan. Hakikatnya, jawatan dalam politik serta sektor kakitangan awam perlulah dilihat sebagai ‘jambatan dan ruang’ untuk menjalankan amanah dan kesejahteran rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama dan apa-apa faktor sekalipun.

iii) Agama
Ketiga, dari konteks penghayatan agama. Pegawai yang mempunyai peribadi yang ’rapuh’ adalah individu yang goyang penghayatan agamanya. Individu seperti ini, hakikatnya adalah golongan berisiko untuk menyandang tugas sebagai kakitangan awam, dan mudah terdedah kepada salahlaku dan salahguna kuasa dalam peluang terbuka. Hakikatnya, agama Islam serta apa-apa agama merupakan satu bimbingan integriti kepada individu, dan agama kekal menjadi benteng rohani dalam semua situasi. Sememangnya memiliki akhlak Islam dalam rangka menghayati ciri Al-Amanah yang diperlukan dalam organisasi bukanlah senang, seperti yang dikatakan oleh Muhammad Uthman El-Muhammady dalam penulisannya (1997:25):
“Cabaran yang besar dan penting dalam era sedemikian ialah cabaran menghidupkan akhlak Islamiyah yang berdasarkan nilai-nilai yang sewajarnya. Ancaman kepada individu dari segi al-quwwah dan al-amanah boleh diringkaskan seperti berikut:
a) Tiada kekuatan aqliyah iaitu tidak kompeten, tiada kelayakan, tiada kemahiran menyebabkan pembaziran, kelewatan. Tiada amanah kepada Allah tanpa sifat-sifat mahmudah seperti keikhlasan, benar, taqwa, ihsan, muraqabah, qana’ah, sabar, dan lain-lain.
b) Tiada kekuatan badan iaitu tidak sihat, badan dan otak yang lembab, tidak bertenaga dan malas. Tiada amanah kepada sesama manusia tanpa sifat-sifat mahmudah seperti kejujuran, ketelusan, berlaku benar, ihsan, sabar, dan lain-lain.
c) Tiada kekuatan ruhani iaitu tiada hubungan ruhiyah dengan Allah, dengan ibadat dalam Islam seperti zikrullah, membaca al-Quran dan mengadakan solat tahajud. Pekat dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad, dengki, pecah amanah, salahguna kuasa dan lain lain lagi.

Dalam membina negara yang maju, ia mestilah ditunjangi dengan masyarakat yang berakhlak mulia, yang dilihat melalui penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama.

iv) Sosial & Budaya
Dari segi sosial dan budaya pula, dapat dirangkumkan bahawa cabaran yang dihadapi ialah keperluan untuk memastikan setiap warga kakitangan awam mempunyai sikap nasionalisme untuk membina negara yang utuh dan berdayasaing, semangat jati diri untuk memajukan diri dan menjauhi unsur-unsur negatif, serta kecintaan yang tinggi kepada profesion yang dijawat, yang sekaligus berupaya menzahirkan prestasi kerja yang tinggi serta mengamalkan kepimpinan yang cemerlang yang boleh diteladani dan berupaya untuk membawa perubahan yang positif. Semua ini adalah pra-syarat pembangunan insan yang selaras dengan kehendak persekitaran dalaman dan luaran masa kini dan masa hadapan.

Selain itu, budaya masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan adalah musuh utama yang harus ditangani. Cabaran untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan awam sendiri yang dikatakan ‘lembab’ juga perlu dipandang dengan serius. Sebagai tambahan, mendidik masyarakat untuk mengamalkan budaya berintegriti juga merupakan cabaran sisi lain kepada kerajaan, di mana masyarakat yang berintegriti tidak akan memberi suapan dan menggalakkan salahlaku kakitangan awam berlaku dan berleluasa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dengan mengenalpasti cabaran yang dihadapi untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi, cadangan penambahbaikan sewajarnya digariskan dan digarap bagi membolehkan peningkatan integriti di kalangan pegawai awam dapat dicapai. Ia boleh dicapai dengan melihat kepada pendekatan empat subtopik utama iaitu ekonomi, politik, agama dan sosial/budaya.

i) Ekonomi
Seluruh kakitangan awam meraikan kenaikan gaji yang telah diumum oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada sesi pembentangan bajet Negara September 2007 yang lalu. Kenaikan gaji ini telah lama dinantikan. Namun, kenaikan gaji ini dilihat masih tidak membantu sepenuhnya dalam usaha untuk memantapkan integriti kakitangan awam keseluruhan. Polis Diraja Malaysia merupakan kakitangan awam yang telah menerima kenaikan gaji tertinggi jika dibandingkan dengan kumpulan kakitangan yang lain. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, 5 negara yang mempunyai Indeks Persepsi Rasuah yang paling rendah adalah merupakan Negara di mana pasukan polis mereka menikmati gaji yang tertinggi. Kajian semula gaji kakitangan awam secara berkala perlu dibuat dan perbandingan perlu dibuat dengan negara-negara yang mempunyai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang rendah.

Seterusnya, kajian semula kepada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diberikan kepada pegawai-pegawai awam yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Terikat kepada kuota 8% daripada jumlah perjawatan yang diisi di sesebuah Jabatan/Kementerian, jumlah ini dilihat sebagai terlalu rendah berbanding dengan jumlah kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Penambahan kuota penerima APC ini dilihat dapat memberikan peluang dan merupakan penghargaan kepada pegawai awam yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Sebagai tambahan, ketua-ketua jabatan juga boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan Anugerah Pekerja Contoh; yang boleh diadakan secara bulanan. Anugerah ini, walaupun kecil dilihat dapat menaikkan motivasi pekerja untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Selain daripada itu, memberikan ganjaran dalam bentuk lain seperti memberikan peluang untuk menghadiri kursus-kursus terpilih di dalam dan luar Negara juga merupakan satu penambahbaikan yang menjamin kepada perkembangan individu sendiri.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan yang boleh dikaji ialah semakan semula gaji siling pekerja awam yang telah berkhidmat lebih 25 tahun. Memandangkan bahawa ramai kakitangan awam telah memberi perkhidmatan yang cemerlang selama selama bertahun-tahun, adalah wajar mereka ini dengan pengalaman yang sangat luas dan lama diberi imbuhan lain bagi perkhidmatan dengan penuh semangat dan tekad, dan mengelakkan stigma ‘bukan naik gaji pun kalau kerja lebih’.

ii) Politik
Adalah penting campurtangan politik ditangani dengan berhemah dan bijak, bagi kesejahteraan sistem organisasi sendiri. Untuk mengelak campurtangan ahli politik, adalah penting Ketua Setiuasaha atau Ketua Jabatan memberikan penjelasan jelas akan polisi dan dasar sesebuah kementerian dan jabatan kepada mana-mana ahli politik dalam dan luar jabatan tersebut, melalui pertemuan jabatan-ahli politik yang diadakan secara berjadual dan sistematik.

Contoh terbaik ialah Retreat Persidangan Meja Bulat Wilayah Persekutuan yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada 17-18 April 2008, di mana diadakan pertemuan dengan wakil masyarakat dan ahli politik berkaitan, bagi menerangkan hala tuju Kementerian dan hal-hal berbangkit yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Hala tuju dan ‘wavelength’ yang sama tentu menjamin sistem penyampaian yang penuh integriti tanpa campurtangan dan penyelewengan.

Sememangnya, sistem penyampaian berkesan menunjukan sistem yang berintegriti. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) juga merupakan langkah yang baik untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi, selain daripada penguatkuasaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan. Selain itu, kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Badan kehakiman yang bebas dan menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar berupaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

iii) Agama
Penerapan nilai-nilai murni dan penekanan dalam agama memainkan peranan yang penting dalam mana-mana jabatan hari ini. Memulakan majlis dengan bacaan doa, penggalakkan program sampingan berteras agama di pejabat adalah beberapa contoh usaha memberikan suasana intergriti dalam pejabat. Dalam konteks Islam Hadhari sendiri, kerajaan menekankan keperluan sektor awam berintegiti melalui penekanan kepada pembangunan modal insan.

Sebagai tambahan, individu perlu mengenalpasti kelemahan diri masing-masing. Al-Ghazali telah menggariskan terdapat empat fakulti iaitu kehendak, marah, ilmu dan keadilan, yang terdapat dalam jiwa manusia. Setiap fakulti itu akan menjelmakan satu kebaikan jika dilakukan pada tahap sederhana. Ianya boleh diringkaskan seperti Jadual 1 di Lampiran B. Kesederhanaan dalam keempat-empat fakulti tersebut adalah penting memandangkan apabila seseorang individu itu berada jauh dari garisan kesederhaan, lebih buruklah keburukan, dan ini akan melahirkan individu yang berintegriti rendah.

iv) Sosial/Budaya
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam Asean Integrity Dialogue pada 21-22 April 2008, telah mencadangkan System Monitoring After Office Hours. Ini merupakan cadangan yang amat baik memandangkan terdapat kes-kes rasuah kebanyakkannya berlaku selepas waktu pejabat. Berkonsepkan ‘peer monitoring’ ia dijangkakan dapat menyekat aktiviti rasuah memandangkan pegawai awam akan sedar bahawa mereka sentiasa diperhatikan, terutamanya oleh rakan sepejabat. Gaya hidup setiap kakitangan awam juga hendaklah sentiasa sepadan dengan kemampuan pendapatannya yang sah di sisi undang-undang supaya integriti dirinya tidak dipersoalkan oleh masyarakat.

Selain daripada itu, penerapan budaya dan nilai-nilai murni secara berterusan dan bersederhana dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran. Melalui cara ini nilai-nilai murni tersebut akan beransur-ansur dapat dihayati sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dr. Peter Shephard, dalam Bengkel Dynamics of Emotional Intelligence pada 28 Mei 2008, menyatakan tabiat seseorang individu akan terbentuk selepas 21 hari menjadi rutin. Justeru itu, adalah bertepatan sekiranya nilai-nilai murni ini ditekankan secara berterusan, ia akan menjadi ‘tabiat’ dan budaya yang akan menjadi ikutan. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu tentang nilai murni yang dipupuk melalui komunikasi dan pendidikan yang berkesan akan menyumbang kepada melahirkan generasi yang berintegiriti tinggi.

Sebagai tambahan, penglibatan semua lapisan masyarakat perlu dipertingkatkan untuk memberi sumbangan idea-idea baru dalam pembentukan dasar dan sistem penyampaian kerajaan supaya aspek-aspek integriti dari kaca mata masyarakat dapat diberikan perhatian secara langsung. Penggunaan teknologi sebagai menggantikan tenaga manusia juga merupakan cadangan penambahbaikan yang wajar diberikan perhatian serius kerana ianya merupakan budaya kerja lebih sihat, cepat dan cekap serta tidak dipengaruhi oleh keputusan manusia. Pada tahun 2006 keseluruhan 3,397 aduan telah diterima oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia mengenai perkhidmatan awam (Rujuk Jadual 1, Lampiran C). Dengan penggunaan teknologi ini, jumlah aduan yang diterima berhubung kelewatan kakitangan awam mengambil tindakan mungkin akan dapat dikurangkan.

Kita perlu menangani masalah ini secara menyeluruh dan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalam segala tingkah laku dan tindakan kita. tidak ada gunanya jika masyarakat malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia menjadi teratur melahirkan individu terutamanya kaitangan awam yang benitegriti tinggi, dan seterusnya akan mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi sebuah negara yang gemilang dan terbilang.
Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah pencapaian matlamatnya. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai yang mempunyai integriti kelas pertama.
Memetik titah Raja Nazrin Shah yang diterjemah dari akhbar News Straits Times pada 6 Ogos 2007,
“... Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang mempunyai integriti yang tidak boleh dipersoalkan. Hanya mereka yang berkebolehan, bertanggungjawab dan benar-benar jujur sahaja yang layak untuk menjadi pemimpin. Mereka yang tidak efisyen, tidak kompeten, dan paling utama – korupsi, harus dipinggirkan terus...."

RUJUKAN

Abdullah b. Abdul Rahman, “Administratrative improvement in the Malaysian Civil Service: Implementation of Client’s Charter,” EROPA Seminar on Comparative Public Sector Reform, Canberra, 1994

Ahmad Sarji b. Abdul Hamid, The Civil Service of Malaysia : Towards Vision 2020, Kuala Lumpur, Kerajaan Negara Malaysia, 1994

, “Accountability in the Public Service “ASEAN Review of Public Administrations III (2) , Disember 1991

, Sekadar Berpendapat. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2005

Koleksi Tajuk-Tajuk Ceramah Pengurusan Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005.

Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2005.

Muhammad Uthman El-Muhammady, Peranan Ulama Dalam Pembangunan: Cabaran Abad Ke-21, dalam Peranan Ulama Dalam Pembangunan Menjelang Abad Ke-21. Suntingan Aidit Hj Ghazali dan Dzulfawati Hj Hassan. Kuala Lumpur, 1997

Pelan Integriti Nasional, 2004.

Shephard, P, Dynamics of Emotional Intelligence : Kuala Lumpur, 2008

Syed Othman Alhabshi, Integriti Cemerlang Negara Gemilang: Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Melaka 2001

http://www.iim.com.my/

http://www.bpr.gov.my/

http://www.kwp.gov.my/
Intergriti? Siapa tahu makna INTERGRITI yang sebenarnya?

Cinta ada di mana-mana..







What A Feeling..


i woke up today feeling lost. i just didnt know what actually caused it. sometimes i do wonder, do i want what i have now, or do i have what i want? kadang-kadang, kita tak boleh dapat apa yang kita mahu dalam hidup.. justeru itu, kita harus belajar BERSYUKUR.. am i thankful enough to God?

Bayi dan Tidur

Tidur Bayi yang Lena, Amalkan Rutin Tiga-Langkah

Amalkan melakukan rutin tiga-langkah waktu tidur. Caranya, mandian air suam atau mengelap bayi dengan menggunakan kain lembap suam, kemudian lakukan urutan lembut untuk merehatkan bayi dan diakhiri dengan aktiviti waktu tidur bayi yang sunyi seperti menyanyi, bercerita atau bercakap dengan perlahan."Tujuan utama tiga langkah ini diwujudkan adalah untuk memudahkan bayi menikmati waktu tidur malam yang berkualiti tanpa ada sebarang gangguan".

- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo semasa kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja..
Kredit untuk :