Dua hari lalu, setelah lelah mencari Tunas Cipta di Putrajaya, saya ke Menara DBP. Saya tiba tepat jam 4.56 petang. Di aras G, warga DBP berpusu-pusu turun dari lif mahu pulang ke rumah. Jam 5.00 petang, saya masuk ke Kedai Buku DBP. Tup!! Gelap di sekeliling saya. Saya tidak pasti, saya tidak tahu sama ada lampunya automatik akan dimatikan jam 5.00 petang, atau ritualnya, tepat jam 5.00 petang, seperti yang tertera di pintu masuk adalah waktu tamat operasi perniagaan. Saya bergegas ke kaunter pembayaran dengan Tunas Cipta di tangan. "Dik, boleh bayar lagi kan?" "Boleh, kak. Kejap ya, tak nampak ni." Sedetik kemudian, sekeliling saya terang benderang semula. Tidak sampai dua minit, Tunas Cipta dalam genggaman saya. Dalam perjalanan pulang, kami berdua bersembang. Mungkin sudah tiba masanya Kedai Buku DBp jadi seperti Borders, MpH, Times dan Kinokuniya. Dibuka hingga malam, pekerja Kerajaan seperti saya, tidak perlu ambil cuti untuk ke sana. Dan yang penting, boleh santai-santai menyelak majalah dan menyapa teman-teman penulis yang mungkin datang, sambil mencicip kopi panas. Anda setuju?
No comments:
Post a Comment