I don't remember where this article was published - was it in In Trend or was it in Eh! But I think it was published in June 2006. It was written as tribute to my late Auntie - Jamilah Abdul Khalid who passed away 4 years ago.
“DIK LU!” Saya buat-buat tak dengar. “Dik Lu!” Saya buat-buat sibuk di dapur. “Dik Lu!” Kali ketiga, darah saya menyirap. Saya sudah tidak tahan. “Nak apa Chu? Tak nampak ke orang tengah sibuk ni? Masa orang tengah sibuk ni lah dia nak panggil. Tunggu lah!” Saya membentak.
Jam di tangan tepat pukul 6.30 petang waktu London. Tiba-tiba telefon saya bergegar. Hampir terlupa, suami tercinta aktfikan ‘roaming’. Kalau tidak mana mungkin telefon saya berbunyi. SMS rupanya. “Welcome to London from Maxis International Roaming”. Saya kembali menatap ke luar teksi. Suami saya masih berbual-bual dengan Encik Ismail, rakyat Malaysia yang sudah 30 tahun menetap di kota London, yang kini sibuk membaca peta mencari di mana Gloucester Road. Berpuluh tahun di negara orang, katanya jalan di negara sendiri yang masih kekal terpahat di benak. Sudah hampir 45 minit kami berpusing-pusing tapi belum ketemu Aston Apartment yang dicari.
“Chu nak air. Dik Lu pandai buat air oren kan? Chu buat selalu tak jadi. Chu nampak Dik Lu simpan dalam peti ais tadi.” “Chu tak nampak ke orang tengah buat apa ni? Nak minum ambil lah sendiri. Dah la nak bancuh sendiri pun malas, ni nak suruh orang tuang pulak!” Saya tiba-tiba jadi panas hati. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Umur dah setengah abad pun tak pandai-pandai nak buat air sendiri. “Kalau Dik Lu tak bagi tak apalah. “ Chu tiba-tiba diam. Saya perhati dari dapur, Chu duduk diam-diam sambil matanya merenung jauh ke luar jendela. “Eii! Orang tua ni, nak merajuk pulak!”
Telefon bimbit saya berbunyi lagi. Hati saya tiba-tiba berdebar. Siapa yang menghantar SMS? Tak mungkin dari Malaysia. Mak dan abah pasti lena dibuai mimpi sekarang. Saya semakin berdebar. Nombor telefon Kak Gie terpapar di skrin telefon. “Dik, Chu dah tak ada. Tepat jam 2.30 pagi 4 Disember 2005, 100 hari selepas Tok pergi” Saya seakan-akan tak percaya. Saya ulang baca SMS Kak Gie. Jantung saya seakan berhenti. “Sayang! Dah sampai!” Aston Apartment tersergam mewah di hadapan saya. Saya pandang buah hati saya dalam-dalam. Tanpa sebarang kata, saya melangkah turun. Sejuk mencengkam hingga ke tulang. Pedih juga mencengkam ulu hati saya.
Mak anak ke lima dalam keluarga. Chu anak bongsu dalam keluarga. Sejak saya di tingkatan 3 lagi, seingat saya, Tok dan Chu sudah tinggal bersama-sama kami sekeluarga. Seingat saya juga, Chu semasa kecilnya terkena sawan. Dan kesannya, hingga besar panjang dia hanya pandai mengurus diri sendiri, dan tidak pandai untuk perkara-perkara lain, kecuali menjaga Tok.
“Sayang! Kenapa diam?” Saya hanya senyum tawar. “Letihlah abang.” Penerbangan 14 jam yang ditempuh cukup meletihkan saya. Saya sudah sampai di bumi London yang saya impi-impikan namun hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Langkah saya atur lambat-lambat.
“Chu! Ya Allah!” Mata saya terbeliak melihat isi kandung bungkusan yang saya jumpa di kepala katil tempat tidur Chu. “Chu! Apa ni?” “Dik Lu buat apa dengan barang Chu?” Chu merayu-rayu saya agar memulangkan botol-botol syampu dan segala botol yang berkerak dengan saya sendiri tidak tahu apa isinya. Patutlah lama sangat bila pergi buang sampah di lorong hujung rumah saya. Rupa-rupanya Chu membongkar tong sampah! Aduh! Agaknya kepalanya yang gatal-gatal tu sebab Chu guna syampu yang dikutip dari tong sampah besar! Petang itu, seluruh almari pakaian Chu saya bongkar. Khazanah berharga dan harta karun yang bertahun-tahun Chu kumpul dengan bangganya saya bakar. “Pengotor!” Chu hanya mampu memandang dari jauh.
Sejuk yang mencengkam cukup menyiksakan. Walau baru jam 7 malam, keadaan sekeliling sudah gelap pekat. “Dik, Chu dah tak ada.” SMS Kak Gie masih terbayang-bayang di mata saya. Baru minggu lepas saya ketemu Chu. Walau pun tidak berapa sihat dan hanya terbaring di katil, Chu masih kenal saya. Mana mungkin!
“Bismillahirrohmanirahim! Mak! Mak buka mulut. Makan mak!” Saya tergelak kecil. Ini kali kelima Chu membaca Bismillah tatkala menyuap Nestum ke mulut Tok. Setiap suapan dibacanya Bismillah. Abang Zack di dapur juga tergelak. Merepek-repeklah Chu ni. Saya geleng kepala namun terhibur dengan kelakuannya. Kalau tak ada dia, sunyi sepi rumah saya di kampung. Ingat juga saya pagi-pagi lagi Chu akan berperang mulut dengan abah kerana katanya abah selalu tak mahu mandi pagi!
Saya telah cuba menulis artikel ini hampir 3 bulan yang lalu. Tatkala saya cuba untuk menyambungnya saya tak mampu untuk menahan air mata yang mencurah-curah. Benar, kini saya tahu apa ertinya rindu. Khairiah, teman sepejabat pernah berkata, perit rasanya bila merindu seseorang yang tak kunjung tiba. Rindu itu bagai boleh dipegang! Rasanya menusuk jiwa, namun tak nampak di mata. Pedihnya mencengkam sanubari, terpahat di hati! Hari ini, saya bertekad. Walau pedih, sayakan kongsi bersama dengan anda semua. Kita kadang-kadang terlupa kita punyai insan yang bermakna dalam hidup kita. Kita selalunya take for granted apa yang kita ada. Dulu, semasa Chu masih ada, saya tidak pernah kisahkan dia. Cuma sekali-sekala pulang, saya akan belikan dia getah dan cekak rambut yang digilainya, sekali-sekala balik, lima-enam ringgit saya hulurkan, cukup untuk Chu beli aiskrim bila Maniam datang mengayuh basikal dengan lagu Paddle Popnya.
“Dik Lu! Dik Lu nanti balik belikan baju warna oren untuk Chu tau. Chu teringin nak pakai baju warna oren. Chu tak ada duit, Dik Lu beli guna duit Dik Lulah. Dik Lu banyak duit. Dik Lu kaya.” Masih terngiang-ngiang lagi permintaan Chu. Tiap kali saya mahu pulang kembali ke KL, pasti ada saja permintaan Chu. Dan pasti, pipi saya basah dengan air liurnya kerana Chu mesti cium saya kuat-kuat bagaikan saya takkan kembali lagi ke rumah bertemunya.
Hari ini, genap 100 hari Chu pergi menemui Ilahi. Saya pasti, dia kini bahagia di dunia yang satu itu. Pemergian Chu buatkan saya terjaga dari tidur yang asyik. Kadang-kadang kita tak sedar, kadang-kadang kita hanyut dan mudah lupa apa yang kita punyai. Kita sering sangkakan, apa yang kita miliki, kan kekal selamanya, takkan hilang, takkan pudar dan takkan pergi. Namun, hari ini saya sedar, segala yang kita miliki, hanyalah bersifat sementara. Dan dalam waktu yang singkat itu, kita seharusnya menggunakannya sebaik mungkin, supaya satu hari nanti, bila kita tiba-tiba terjaga dari lena yang panjang, kita tak akan menyesal kita terlambat dan tak ada lagi peluang kedua untuk menyatakan apa yang kita rasakan. Kepada anda yang punyai Chu seperti saya dan masih ada di samping anda, hargailah dia, walaupun ada kalanya cukup menyakitkan hati dan cukup membingungkan anda. Saya tidak mahu anda jadi seperti saya yang hingga ke saat ini dihantui kekesalan yang tidak berkesudahan, kerana tidak pernah menyatakan kepada Chu yang saya sayangkan dia!
Ketika jasad Chu disemadikan, saya berada di bumi London. Benar, kata orang, kita takkan dapat semua yang kita impikan. Saya akhirnya dapat melihat sendiri patung-patung lilin di Madam Taussaud yang saya impikan sekian lama. Namun, saya tidak dapat melihat saat Chu dikapan, saat Chu diusung ke tanah perkuburan, dan saat Chu disemadikan, saat yang tak mampu yang ulang walau kering air mata yang saya tangisi. Semoga Chu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Hanya doa yang mampu saya titipkan, dan rindu itukan tetap saya pegang.

No comments:
Post a Comment